'

Amanah Sabah Bantu Keluarga Miskin di Sepanggar

13 Febuari 2016, SEPANGGAR- Parti Amanah Negara-Negeri Sabah (Amanah Sabah) turun padang membantu sebuah keluarga miskin tegar berbangsa Cina di Sepanggar. Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara-Negeri Sabah (Amanah Sabah), Cikgu Alias Haji Sani bersama Pemuda Amanah Sabah telah men12657966_191290957893983_4449336995760360414_oyampaikan sumbangan kepada keluarga Liew Nyuk Pin yang berusia 80 tahun.

Menurut Liew, beliau telah menetap di tempat tersebut selama lebih 70 tahun. Liew tinggal bersama isterinya yang menghidap sakit jantung disebuah rumah usang bersebelahan jalan utama menuju ke Jalan Tuaran By Pass, Sepanggar. Selain itu, Liew juga bekerja sebagai penjual air tebu di Foh Sang. Liew akan menaiki bas dan berjalan kaki setiap hari untuk menjual air tebu dan hanya pulang ke rumah sekitar jam 3.00 petang. Kesemua wang jualan yang diperolehinya akan digunakan bagi membawa isterinya ke hospital pada setiap bulan.

Liew juga menyatakan telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan isterinya dan memaksanya bekerja menjual air tebu di Foh Sang setiap hari.

Penderitaan Liew dan pasangan mendapat perhatian umum setelah satu posting di laman sosial Facebook mendedahkan keadaan kehidupan beliau. Menurutnya, dia tidak pernah menerima kunjungan daripada orang ramai. Bahkan YB Jainab, ADUN Karambunai yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Kepenggunaan, kecuali setelah isu ini disebar luas di laman sosial Facebook.12747436_191290921227320_5942869883076432767_o

Walau bagaimnapun, Selama 5 tahun ini beliau telah dibantu oleh seorang individu bernama Tong yang membantunya membeli keperluan dan mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam kunjungan pertama ini, Amanah Sabah telah menyampaikan sumbangan berupa makanan, keperluan harian dan sedikit wang bagi membantu Liew membawa isterinya mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, Amanah Sabah turut meninjau keadaaan sekeliling rumah yang dilihat sudah tidak selamat untuk didiami oleh pasangan tersebut.

“Selain menyampaikan sumbangan, kami turut meninjau keadaan rumah Liew dan melihat keadaan rumah ini sudah begitu teruk. Justeru, saya menggesa YB Jainab, ADUN Karambunai, untuk bertindak segera”, katanya.

Amanah Sabah juga melahirkan 12696909_191290997893979_1764365353921438624_okekesalan terhadap sikap YB Jainab yang tidak tahu keadaan pasangan ini

“Keadaaan rakyat sebegini tidak boleh dibiarkan dan mesti dibela. Kami persoalkan apakah yang telah dilakuakan oleh YB Jainab, ADUN Karambunai selama beliau menjadi seorang YB? Tidak kah beliau mengetahui permasalahan ini sejak dahulu lagi?”, ujarnya.

Selain itu, Liew turut menerima kunjungan daripada anak muda daripada pelbagai pertubuhan yang memberikan sumbangan serta mengadakan gotong royong.

CATEGORIES