'

Amanah Sabah Santuni Masyarakat Sempena Tahun Baru Cina

20160207_104125
16 Febuari 2016, KOTA KINABALU- Bersempena tahun baru cina, Parti AmanahNegara-Negeri Sabah (Amanah Sabah) telah mengadakan beberapa aktiviti bagi meraikan masyarakat Cina di negeri Sabah. Bermula 6 Febuari 2016, Amanah Sabah diwakili Timbalan Pengerusinya, Alias Hj Sani, bersama ARiF Sabah telah menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di daerah Sindumin. Keluarga Tan Kim Seng, 56 tahun, telah menerima sumbangan berupa makanan, buah oren dan sedikit 12687861_187811001575312_6354755430434708793_nwang daripada Parti Amanah Negara.
Menurut Alias, penyampaian sumbangan tersebut bertujuan membantu meringankan beban keluarga Tan Kim Seng bersempena tahun baru cina yang bakal tiba.
“Pemberian sumbangan pada hari ini diharap serba sedikit dapat membantu keluarga En. Tan menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi”, ujarnya.
Pada masa yang sama, di daerah Sandakan, Pengerusi Amanah Sabah, Hj Hamzah Abdullah bersama ARiF Sabah turut turun padang bertemu masyarakat di Taman Mawar dan sekitar Sandakan bagi mengedarkan buah limau dan kad ucapan hari Tahun Baru Cina.
“Aktiviti e20160207_114632daran limau dan kad ucapan sebegini, dapat melahirkan suasana harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat”, katanya.

Pada keesokan harinya, aktiviti bersempena Tahun Baru Cina diteruskan lagi di Kota Kinabalu. Hj Hamzah bersama barisan kepimpinan Amanah Sabah bertemu dengan masyarakat di dua tempat iaitu di Tanjung Aru Plaza dan Gaya Street. Sebanyak 400 biji buah limau, 2000 pamplet pengenalan Amanah Sabah dalam bahasa Cina dan Kad Ucapan Tahun diedarkan kepada masyarakat di kedua-dua tempat.

Selain itu, masyarakat turut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama barisan pimpinan Amanah Sabah. Dalam pada itu, Hamzah menyatakan, aktiviti sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
“Kita dapat lihat, kegembiraan, keriangan rakan-rakan kita apabila kita turun padang hari ini bertemu masyarakat. Pada masa akan datang, kita pasti akan teruskan lagi program sebegini kerana ia jelas menggambarkan keharmonian kita hidup pelbagai bangsa dan kaum di negeri Sabah”, ujarnya.
CATEGORIES