'

Tiada usaha jatuhkan kerajaan Kelantan

image (1)

KOTA BHARU – Parti Pekerja Malaysia tidak akan melakukan sebarang usaha untuk untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan.

Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah berkata, pihaknya juga tidak akan menggunakan pendekatan menyerang Pas dan kerajaan negeri dalam memperkembangkan pengaruh parti itu di negeri ini.

Dalam masa yang sama katanya sekiranya 10 wakil rakyat yang akan menyertai parti itu berlaku dalam masa terdekat, ia tidak juga tidak menyebabkan kerajaan negeri tumbang.

“Kerajaan ini akan kekal sehingga pembubaran Dun dan parlimen yang dijangka pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia Kelantan di sini, hari ini.

SUMBER: Sinar Harian

CATEGORIES