'

RAKYAT BEBAS SERTAI HIMPUNAN TUNTUT HAK RAKYAT, TAPI BUKAN HIMPUNAN PERKAUMAN

Mohamad Sabu

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minima, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.

Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya. Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama, dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan. Oleh itu, rakyat perlu membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
9 September 2015

CATEGORIES