'

MOHAMAD SABU DAN SAYA

Vice President of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Salahuddin Ayub answers a question during a dialog session at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur on October 2, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

1. Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (AMANAH) dewasa ini dengan mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa, adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia dua bulan.

2. Pemimpin kanan AMANAH telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum dan pentas politik sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa yang membuktikan bahawa AMANAH telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.

3. Pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang kini telah mencapai 50,000 orang, di samping menunggu 150,000 lagi borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk AMANAH mencapai 100,000 ahli sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah bakal menjadi kenyataan.

4. Pencapaian meyakinkan dengan membawa dasar Islam berwajah ‘Rahmat Untuk Semua’, di samping pendekatan progresif, inklusif dan peduli ini, menjadikan AMANAH sandaran harapan ramai untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.

5. Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan AMANAH. Cubaan paling lucu dan nakal adalah dengan cuba melagakan gaya kepimpinan saya dan Hj Mohamad Sabu. Kononnya saya pro-PKR dan Hj Mohamad Sabu terlalu pro-DAP. Amat menjengkelkan bukan?

6. Kekuatan yang kami praktikkan dalam AMANAH adalah kebertanggungjawaban secara kolektif. Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap “kluk-klek”. Presiden AMANAH bukan jenis besar kepala dan juga tidak gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman.

7. Berbekalkan pengalaman puluhan tahun di persada perjuangan, saya dan Hj Mohamad Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti ini. InsyaAllah AMANAH, walaupun usianya masih baru, mampu untuk membaca sekilas ikan di air.

“Harapan Baru”

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden AMANAH
17 November 2015

CATEGORIES