'

KEADILAN SEJAGAT; USAH DAHULUI MAHKAMAH

Perinsip keadilan Islam meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.

Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili. Pada masa yang sama beliau juga telah menyatakan permohonan maaf diatas keterlanjuran tulisnnya itu.

Bagi AMANAH, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-Undang AMANAH (KANUN) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.

Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan.

Amanah Demi Negara

MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

19 Disember 2016

CATEGORIES