'

BERSIH 5 BUKTI RAKYAT JELIK AMALAN RASUAH BN

bersih-4-0-khalid-samad

1. AMANAH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pengurusan BERSIH 5 yang telah berjaya mengerahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dan berbilang agama supaya turun ke perhimpunan aman BERSIH 5 pada Sabtu 19 November 2016 lalu. Tarikh ini pasti diingat sebagai tarikh penting bagi sejarah perjuangan rakyat Malaysia menuntut tertegaknya demokrasi.

2. AMANAH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia berbilang kaum yang telah bersatu hati dalam memperjuangkan pilihan raya dan kerajaan bersih sehingga turun ke lapangan walaupun menerima berbagai ugutan dari berbagai pihak. Kesanggupan rakyat Malaysia untuk turun dengan jumlah ratusan ribu adalah bukti mereka bersungguh-sungguh dalam usaha menolak pemerintah yang merompak kekayaan negara. Disiplin dan kesatuan yang ditunjukkan, sama ada di lapangan mahupun semasa pergi dan balik menandakan masa depan yang cerah sekiranya Malaysia bebas dari pemimpin yang korup.

3. AMANAH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua parti-parti politik, khususnya Keadilan, DAP dan BERSATU, yang telah mengerahkan ahli dan penyokong mereka untuk bersama hadir dan bertugas pada perhimpunan tersebut tanpa membawa warna-warna parti masing-masing. Kesatuan mereka dalam menentang pemerintah yang korup pasti disambut baik oleh rakyat jelata. Kesatuan yang sebegini yang perlu dibina dan dipupuk demi meyakinkan rakyat bahawa kita mampu mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini dari BN.

4. AMANAH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua NGO dan sukarelawan yang bertugas pada hari tersebut samada bersama pihak keselamatan, guaman, perubatan dan sebagainya yang telah sanggup meluangkan masa menaburkan khidmat kepada rakyat melalui BERSIH

5. Kesedian mereka untuk bersama rakyat dalam menuntut apa yang adil dan wajar akan sentiasa diingati dan dihargai rakyat.

5. AMANAH mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli AMANAH yang telah turun pada hari tersebut dalam usaha memenuhi janji pimpnan AMANAH untuk menurunkan 30,000 ahlinya semasa BERSIH 5. Jumlah ini telahpun dicapai berdasarkan kehadiran di Masjid Negara, Dataran Maybank Bangsar dan Pudu serta berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Jamek. Malangnya, tidak semua berjaya bersama di KLCC atas sebab-sebab masalah lojistik dalam memindahkan mereka dari tempat-tempat asal ini ke KLCC. Sebahagian menaiki LRT tetapi ramai lagi tidak dapat bersama.

6. Perhimpunan BERSIH 5 membuktikan bahawa masyarakat Melayu turut merasa jelik dengan amalan rasuah BN. Mereka telah hadir beramai-ramai ke BERSIH 5. AMANAH yakin bahawa masyarakat Melayu akan bersama menolak Umno BN dalam PRU ke 14 sekiranya usaha penerangan berterusan dijalankan oleh AMANAH, BERSATU, Keadilan dan DAP. Melalui ini keyakinan masyarakat Melayu terhadap kepimpinan baharu yang sedang muncul melalui pembangkang akan lebih diyakini.

7. Dalam soal ini perlu juga diakui bahawa ramai ahli biasa PAS, yang tidak boleh menerima sikap berdiam diri parti mereka dalam menentang Umno BN, telah turut bersama dalam BERSIH 5. Atas kesedaran dan kefahaman mereka mengenai tugas dan tanggung-jawab mereka terhaap Islam dan negara, diucapkan juga tahniah dan terima kasih.

Harapan Baru

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

21 November 2016

CATEGORIES