'

AMANAH TIDAK BERMAIN POLITIK KAYU TIGA

Vice President of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Salahuddin Ayub answers a question during a dialog session at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur on October 2, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Vice President of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Salahuddin Ayub answers a question during a dialog session at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur on October 2, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mengamalkan “politik kayu tiga” dengan mengadakan kerjasama politik bersama parti-parti lain setelah wujudnya Pakatan Harapan.

2. Kenyataan saya semalam mengenai membuka pintu perundingan dengan Pas hanyalah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dan memastikan berlakunya pertarungan satu lawan satu dengan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

3. AMANAH sangat mementingkan perpaduan dan kerjasama yang utuh dalam Pakatan Harapan setelah memberikan komitmen menandatangani Dokumen Perjanjian Pakatan Harapan. Tiada kerjasama politik selain dalam kerangka persefahaman Pakatan Harapan.

4. Saya berharap, penjelasan ini dapat memperbetulkan salah tanggap berkaitan kenyataan yang saya nyatakan semalam mengenai sikap AMANAH yang dari awal lagi membuka pintu perundingan dengan Pas bagi memastikan hanya satu lawan satu, supaya BN dapat ditewaskan dalam pilihan raya akan datang. Ianya hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan dan bukan secara bersendirian tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak Pakatan Harapan.

“Harapan Baru”

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
20 Mac 2016

CATEGORIES