oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Akhirnya pembahagian kerusi telah mencapaikata sepakat antara parti komponen PH. PPBM mendapat habuan terbesar diikuti dengan PKR, DAP dan AMANAH.
Bilangan kerusi adalah pantulan kepada azam untuk menguasai kerusi-kerusi yang belum dimenangi khususnya majoriti Melayu. PPBM diasaskan antara lain sebagai saingan Umno, sudah tentu kelebihan kerusinya terletak pada rasional tersebut.
Sumbang RM15 atau lebih untuk bantu kempen kami
Berbanding dengan parti-parti lain seperti PKR, AMANAH dan DAP yang enggan menamakan diri mereka sebagai parti untuk kaum tertentu PPBM dengan jelas menyatakan parti itu mahu dilihat sebagai parti untuk orang Melayu.
Kesanggupan PPBM ingin menyertai Pakatan Harapan ada kelebihan dan ‘kekurangannya’ jika dinilai daripada hasrat perjuangan besar REFORMASI yang ditegakkan oleh DSAI dan aktivis lainnya.
Bonus kepada PH dengan penyertaan PPBM ialah faktor undi Melayu. Walaupun parti PKR dan AMANAH sukar menerima kenyataan ini kerana keduanya mendakwa membawa pendekatan Melayu yang lebih progresif, tetapi buat masa ini psiki Melayu malangnya masih lagi bergantung kepada doktrin Melayu ala Umno.
Faktor ‘kekurangan’ ialah kehadiran PPBM dari kerangka perjuangan reformasi ‘menangguhkan’ sedikit usaha besar reformasi iaitu membawa negara ini ke arah Malaysia yang tidak dicam oleh etnik atau kaum, bukan sekadar melawan rasuah semata-mata. DSAI sering mengungkapkan dalam bahasa Mandrin ‘wo men she i chia ren’ bermakna ‘Kita semua adalah satu keluarga’ Kata-kata ini mengandungi pemikiran besar reformasi psiki politik iaitu Malaysia tanpa dicam oleh mana-mana kaum.
Kehadiran PPBM menjadikan kelompok DAP, AMANAH dan PKR sedikit ‘tersentak’ dengan realiti bahawa mereka terpaksa menyesuaikan agenda reformasi besar dengan psiki Melayu ala Umno dalam PPBM. Usaha PKR, AMANAH dan DAP yang mahu membawa Melayu yang lebih progresif, inklusif ‘terencat’ dengan pembahagian kerusi yang akhirnya dibahagi mengikut rentak formula PPBM vs Umno (majoriti) PKR, DAP, AMANAH vs semua komponen BN.
Kekurangan ini bukanlah merugikan secara praktikalnya kerana idealisme reformasi termasuk psiki politik Malaysia yang pekat politik identitinya (dicam dengan kaum dan agama dan набор кастрюль купить) terpaksa menerima hakikat transisi ini. PPBM pula perlu menerima hakikat bahawa masa depan politik yang mesti diperjuangkan, ialah Malaysia tanpa perkauman dan ‘politik identiti’ mesti dihentikan.
Dengan kata lain, pergelutan PPBM dengan Umno bukan sekadar mengalahkan Umno tetapi juga menggantikan psiki Melayu ala Umno, kepada Melayu yang progresif dan inklusif сковорода купить. Keperluan ini harus jelas kepada PPBM dalam membentuk masa depan politik Malaysia. Sekadar mendapat kerusi yang banyak atas rasional bergelut dengan Umno tidak akan membantu Malaysia Baharu yang telah diperjuangkan selama ini oleh DSAI dan golongan reformis.
Tidak ada gunanya sekadar PPBM ganti Umno tetapi mengekalkan doktrinasi perkauman Umno tanpa satu reformasi umat плед покривало Melayu sendiri yang perlu keluar dari kepompong ‘mentaliti terperangkap’ kepada mentaliti bersaing secara sihat dan meyakini doktrin Malaysia tanpa diskriminasi kaum.
Sememangnya jalannya panjang tetapi barang diingat gerakan besaran-besaran reformasi yang bermula lewat 90-an sekarang sedang mengutip hasilnya hari ini dan Alhamdulillah rakan PPBM постельное белье sudi bersama untuk meneruskan jalan panjang ini.
Tahniah kepada Pakatan Harapan kerana berjaya membawa satu tahap yang tidak pernah sampai sebelum ini, iaitu selesai pembahagian kerusi pra PRU дропшиппинг украина, menamakan PM secara konsensus dan berani membawa agenda reformasi untuk selamatkan negara ini dari kleptokrasi Umno/BN.
RAKYAT YANG CINTAKAN NEGARA INI PERLU MEMBERIKAN HARAPAN SATU PELUANG!