'

PENGUNDI LUAR DISERU PULANG, TOLAK & HENTIKAN PENGKHIANATAN NAJIB RAZAK

Kenyataan Media
Pemuda Pakatan Harapan

KM_Pemuda_Amanah_PKR_DAPSY

Keadaan rosak dan tempang dalam negara dek kerakusan dan urustadbir curang kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sudah ke peringkat parah dan langsung tidak boleh ditoleransi. Najib Razak sebagai pemimpin nombor satu negara jelas telah gagal dalam menggalas amanah rakyat, bahkan berlaku curang dengan pembabitan langsung dalam skandal terbesar kurun ini, 1MDB.

Pemuda HARAPAN melihat kekuatan menolak dan menghentikan penyelewengan mega ini wujud dalam dua pilihanraya kecil yang sedang berlangsung. Pengundi-pengundi muda, khususnya yang berada di luar menjadi faktor penting untuk memastikan Barisan Nasional yang dipengerusikan Najib Razak tewas di kedua-dua gelanggang.

Lantas seluruh pengundi yang berada di luar daerah Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu bersedia untuk pulang dan balik mengundi manakala pengundi yang berada dalam daerah dirayu untuk keluar melunaskan tanggungjawab dengan matlamat yang satu, menolak Najib Razak. Jika ini menjadi fokus – kita yakin dan percaya – kesan domino akan berlaku dan Barisan Nasional akan tumbang menyembah bumi di PRU-14 kelak.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

YB NIK NAZMI
KETUA AMK MALAYSIA

YB WONG KAH WOH
KETUA DAPSY KEBANGSAAN

16 Jun 2016

CATEGORIES
TAGS