'
PENAHANAN ISA SAMAD BUKTI KESILAPAN BESAR PM!

PENAHANAN ISA SAMAD BUKTI KESILAPAN BESAR PM!

KENYATAAN MEDIA ANAK: PENAHANAN ISA SAMAD BUKTI KESILAPAN BESAR PM!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan penahanan Tan Sri Isa Samad oleh SPRM petang ini. Ia berkaitan dengan dakwaan isu pembelian hotel di Kensington London dan Kuching yang jauh lebih mahal dari harga pasaran.

Penahanan Isa Samad, membuktikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibangkitkan ANAK selama ini berasas dan tindakan YAB Perdana Menteri, melantik dan mengekalkan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sejak 2011 hingga 2016 adalah suatu
kesilapan besar.

ANAK begitu sedih kerana masa yang begitu lama diambil hingga berbilion wang peneroka lesap dan kerosakan yang dialami amat dahsyat.

Sehubungan dengan itu, ANAK mendesak YAB Perdana Menteri menamatkan khidmat Tan Sri Isa Samad selaku Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta.

Sedari awal, Isa Samad memang tidak di alu alukan di SPAD; justeru, YAB Perdana Menteri harus bertegas ‘menyingkirkan’ Isa segera.

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
15 Ogos 2017

CATEGORIES

COMMENTS