'
PEMUDA AMANAH MENGUTUK KERAS KEKEJAMAN JUNTA MYANMAR TERHADAP ETNIK ROHINGYA

PEMUDA AMANAH MENGUTUK KERAS KEKEJAMAN JUNTA MYANMAR TERHADAP ETNIK ROHINGYA

MEMORANDUM BANTAHAN

• Pemuda AMANAH mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan Kerajaan Myanmar yang membiarkan kekerasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar. Kekejaman yang terbaru kini telah berlarutan selama tiga hari itu dan telah hampir mencecah ribuan orang menjadi korban yang sekaligus menzahirkan sikap ketidakperikemanusiaan Kerajaan Myanmar pimpinan Aung San Su Kyi. Pemuda AMANAH mendesak kerajaan Myanmar memberhentikan pembunuhan kejam ini serta-merta.

• Kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab ke atas setiap korban dan pembunuhan kekejaman yang berlaku ke atas etnik Rohingya. Pemuda AMANAH turut melahirkan kekecewaan atas sikap Aung San Su Kyi yang merupakan penerima anugerah Nobel Keamanan tetapi bersikap berdolak-dalih atas keganasan dan kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya dengan pelbagai alasan tidak masuk akal bagi menghalalkan tindakan kejam yang dilakukan pihak kerajaan Myanmar itu.

• Atas dasar kemanusiaan sejagat, Pemuda AMANAH komited menentang segala penindasan dan kezaliman yang berlaku di muka bumi ini tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Jelas sama sekali kerajaan Myanmar tidak menghormati semangat perpaduan dan persaudaraan sesama rantau Asean dengan membiarkan kekejaman terhadap umat Islam Rohingya berlanjutan seterusnya memberi kesan langsung kepada negara jiran termasuklah Malaysia. Kami memohon dengan tegas supaya kerajaan Myanmar menyelesaikan isu penghapusan etnik yang tidak berprikemanusiaan ini dengan lebih teliti dan mematuhi undang-undang antarabangsa serta mengikut nilai-nilai keadilan yang sebenar.

• Pemuda AMANAH mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam penghapusan etnik yang dilakukan kerajaan junta Myanmar dan mendesak pihak kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan diplomatik Malaysia dengan Myanmar berikutan insiden-insiden yang makin serius dan kejam ini.

• Rakyat Malaysia diseru bersama-sama masyarakat antarabangsa menzahirkan bantahan dalam pelbagai bentuk dan cara masing-masing. Tidak ada mana-mana agama atau bangsa di muka bumi ini yang boleh menerima segala apa bentuk kekejaman dan kezaliman yang jelas melanggar nilai-nilai kemanusiaan.

“Harapan Baru”

Sany Hamzan
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
29 Ogos 2017

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS