'

PEMUDA AMANAH MEMOHON MAAF, BERHARAP HUBUNGAN BAIK DENGAN PENGAMAL MEDIA KEKAL

Kenyataan Media

www.amanah.org.my

Pemuda AMANAH mengambil maklum insiden yang berlaku di Pejabat AMANAH Kuala Kangsar semalam yang melibatkan Saudara Hasnol Zulkarnain, Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak dengan wartawan yang bertugas.

1. Terdapat unsur pencerobohan berlaku di premis Pejabat AMANAH Kuala Kangsar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan memerlukan kawalan rapi daripada pihak keselamatan AMANAH.

2. Kejadian berlaku dalam keadaan kelam kabut dan kawalan emosi petugas sememangnya terganggu pada waktu berkenaan.

3. Pertengkaran antara Hasnul dan wartawan berlaku sebaik sahaja insiden pencerobohan itu berlangsung dan kawalan di premis diperketatkan.

4. Perkara sebegini sepatutnya perlu dielakkan terutamanya hubungan baik yang sedia terjalin antara parti politik baru seperti AMANAH dengan pihak media perlu dijaga dan dikekalkan dalam membawa semangat kebebasan media.

5. Sempena dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini, Pemuda AMANAH Nasional mewakili pihak Hasnul memohon maaf atas apa yang telah berlaku, dan berharap perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa mendatang.

Sekian, terima kasih.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Pengarah Komunikasi
Pemuda AMANAH Nasional

16 Jun 2016

http://m.malaysiakini.com/letters/345549

CATEGORIES
TAGS