'

NAJIB PERLU DEDAH DOKUMEN DERMA RM4.2 BILION DARIPADA KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI

Vice President of Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Salahuddin Ayub answers a question during a dialog session at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur on October 2, 2013. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

2. Tindakan ini sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.

3. Maka menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

4. Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak.

5. Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Datuk Seri Najib Razak.

“Harapan baru”

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
30 Mac 2016

CATEGORIES