Oleh : Hj. Abdul Ghani Samsudin
Salah satu tanda jati diri seseorang dalam menghayati nilai nilai Islam ialah ialah wujudnya sifat istiqamah dalam reality hidup hariannya. Orang berkenaan terus berpegang dengan dasar dan nilai nilai agama tanpa ragu-ragu dan mempersoalkan keabsahannya. Dia akur bahawa Islam adalah agama yang benar dan unggul dan tiada agama lain yang dapat mengatasi keunggulan dan kebenaran agama Islam. Dia dapat menerima penegasan Allah dalam ( Surah Yunus :32) bahawa:
فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلاَّ الضَّلالُ
Apalagi selepas kebenaran kalau bukan kesesatan
Manusia perlu meneguhkan diri mereka dengan keutuhan beriltizam dengan nilai dan ajaran Islam . Mereka malah dituntut agar mewaqafkan diri untuk berkhidmat menghayati, menyibar dan mempertahankan nilai nilai suci bawaan agama ini. Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 105:
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Tegak dan hadapkan wajahmu demi membela agama “hanif” ini. Jangan sekali-kali kamu menjadi golongan Musyrikin.”
Maksud yang sama terdapat dalam surah Al Rum ayat 30, dan 43.
Dalam surah Al Syura ayat 13 Allah menegaskan:
ان اقيموا الدين ولا تتفرقوا فيه
Kamu hendaklah menobat dan menegakkan agama ( Islam) dan jangan berpecah-belah.
Namun Istilah Istiqamah bukan hanya bermaksud menganut dan beragama secara simple dan bersahaja. Sebaliknya menuntut suatu bentuk pegangan yang mantap dan tuntas; berterusan sampai ke akhir hayat. Isiqamah atau consistence adalah pernyataan kesetiaan dan keyakinan yang tidak berganjak.
Untuk memahami secara lebih lanjut mari kita tela’ah ayat ayat Allah mengenai Istiqamah dan juga hadith-hadith Rasulullah yang berkaitan :
Ayat dan Hadith Tentang Istiqamah
Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 30:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُون
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan menghuni syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”.
Dalam surah al Taubah ayat 7 Allah berfirman:
كَيْفَ يَكُونُ لِلْمُشْرِكِينَ عَهْدٌ عِندَ اللَّهِ وَعِندَ رَسُولِهِ إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدتُّمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ فَمَا اسْتَقَامُوا لَكُمْ فَاسْتَقِيمُوا لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المتقين
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedangkan mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka di sisi Masjid Al-Haram. Maka selagi mereka berlaku lurus ( menepati perjanjian) dengan kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa
Di dalam surah Al Ahqaf ayat 13 :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُون
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Surah Al Jin ayat 16:
وَأَن لَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاءً غَدَقًا
Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu beristiqamah atas lamdasan Islam, sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan yang lebat kepada mereka.
Dalam surah Al-Syura ayat 15 Allah menyatakan:
﴿ فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ﴾
Oleh itu ajak , seru dan beristiqamahlah sepertimana yang diperintahkan kepada mu dan jangan engkau turut hawa nafsu mereka.
Penegasan Allah tentang istiqamah ini sangat jelas dalam surah Hud ayat 112 dengan firmanNya:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Oleh itu, berpegang teguhlah dengan dasar agama yang betul
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, bersama sama orang-orang yang taubat; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.
Dalam hadith riwayat Ahmad; Rasulullah menerangkan
جاء في حديث أنس – رضي الله عنه – قال: “قال رسول الله – صلَّى الله عليه وسلَّم -: ((لا يستقيم إيمانُ عبدٍ حتى يستقيمَ قلبُه، ولا يستقيم قلبُه حتى يستقيمَ لسانُه))”؛ رواه أحمد
“Tidak lurus iman seseorang hamba Allah kecuali apabila lurus hatinya. Hatinya tidak mungkin lurus sehinggalah lidahnya pun ikut lurus.”
Dalam Kitab Ensklopedia Akhlak Islam Oleh Syaikh Sa’id Abu Aziz disebutkan hadith hadith berikut:
عن ثوبان – رضي الله عنه – قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : ( استقيموا ولن تحصوا ، واعلموا أن خير أعمالكم الصلاة ، ولا يحافظ على الوضوء إلا مؤمن ) . ( صحيح : رواه ابن ماجة 277 ، وغيره ، وانظر : صحيح الجامع 952 )
Dari Thauban bahawa Rasulullah bersabda: Beristiqamahlah; tapi kalian mungkin tidak berupaya (sepenuhnya). Bahawa tidak ada yang berdaya menjaga wudhu’nya kecuali orang yang Mu’min
(2) وعن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – قال : إن معاذ بن جبل أراد سفراً فقال : يا رسول الله ، أوصني ؟ قال : ( اعبد الله لا تشرك به شيئاً ) . قال : يا رسول الله ، زدني . قال : ( إذا أسأت فأحسن ) . قال : يا رسول الله ، زد . قال : ( استقم ولتحسن خلقك ) . ( صحيح رواه الحاكم 4/244 ، وقال : صحيح الإسناد ، ووافقه الذهبي ، وانظر : الصحيحة 1228 )
Dari Abdullah Bin Amr r.a. meriwayatkan bahawa ketika Mua’az Bin Jabal ingin musafir beliau meminta kepada Rasulullah agar memberi pesanan peringatan. Beginda berkata: Wahai Abdullah jangan sekali-kali engkau menyungutukan Allah. Abdullah menjawab, tambahi sedikit lagi ya Rasulullah. Bagindapun berkata: Kalau engkau sudah terlanjur buat kesilapan maka balaslah dengan berbuat baik. Abdullah terus minta baginda menambah pesanan beliau. Lalu Rasulullah berpesan : Beristiqamahlah serta elokkan kelakuan (akhlak) anda.
(3) وعن ابن مسعود – رضي الله عنه – قال : خط لنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – خطاً ثم قال : ( هذا سبيل الله ) . ثم خط خطوطاً عن يمينه وعن شماله ، ثم قال : ( هذه سبل ( متفرقة ) على كل سبيل منها شيطان يدعو إليه ) ثم قرأ : { وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ } (153) سورة الأنعام . واللفظ الآخر : ( هذه سبيل الله مستقيماً ) . ( صحيح : رواه أحمد 4142 ، وغيره ، وقال الشيخ / أحمد شاكر : إسناده صحيح )
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah membuat garisan lurus (di atas pasir) dan berkata: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan lain di kanan dan kiri garisan asal lalu beliau berkata: Yang ini adalah beberapa simpang dan di setiap kepala simpang ini terdapat syaitan-syaitan yang mengajak manusia menurutinya. Kemudian baginda membaca ayat 153 Surah Al An’am : Bahawa inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah. Jangan kamu turut jalan-jalan yang lain nanti kamu akan berpecah belah dari jalan-Nya. Itulah pesanan Tuhan kalian kepada kamu (agar kamu ikuti) mudah-mudahan kamu bertaqwa. Dalam hadith lain dengan lafaz : Inilah jalan Allah yang lurus.
(4) وعن سفيان بن عبد الله الثقفي – رضي الله عنه – قال : قلت يا رسول الله : قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً بعدك . قال : ( قل آمنت بالله ثم استقم )
. ( رواه مسلم 38 )
Sufyan Bin Abdullah Al Thaqafi r.a berkata saya memohon kepada Rasullah agar memberikan penjelasan tentang Islam kepadaku dengan tuntas sehingga aku tidak perlu bertanya lagi kepada sesiapa selepas itu. Beliau berkata: Katakan : Aku beriman kepada Allah dan kemudian engkau terus beristiqamah
Pengertian Istiqamah :
Istiqamah merupakan suatu istilah bahasa Arab yang sering diucapkan oleh masyarakat kita khususnya umat Islam baik sebagai sebuah pesan dari seseorang kepada orang lain maupun diucapkan ketika berdoa kepada Allah SWT. Istilah tersebut jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris sebagai “To Stand Firm”. Sedangkan dalam kamus Arab-Inggris Ilyasi al Asro, istiqamah diterjemahkan dengan straightness dan directness.Adapun dalam Ensiklopedi Islam Indonesia yang disusun oleh kumpulan penulis IAIN Syarif Hidayatullah, istiqamah diterjemahkan sebagai taat asas, selalu setia dan taat kepada asas.
Dalam ilmu soraf, istiqamah merupakan bentuk isim masdar dari fi’il madhi istaqoma yang kata dasarnya adalah qama. Jadi termasuk istiqoma yang merupakan fi’il madhi dari term istiqamah merupakan fiil thulathi mazid yang mendapat tambahan tiga haruf (hamzah wasol, sin dan ta). Term qama yang merupakan kata dasarnya memiliki arti berdiri tegak lurus. Adapun masdar dari qama adalah iqamah yaitu tanda dimulakan (penegakan salat jamaah).
Dalam Mu’jam ‘Arabi ‘Arabi dinyatakan sebagai berikut:
استقامة :مصدر اِسْتَقامَ
تَأَكَّدَ مِنَ اِسْتِقامَةِ العَمُودِ : مِنَ اعْتِدالِهِ ، اِسْتِوائِهِ
تَتَّسِمُ تَصَرُّفاتُهُ بِالاسْتِقامَةِ : الإِنْصافِ ، العَدْلِ ، النَّزَاهَةِ
كانَ رَجُلاً في غايَةِ الاسْتِقامَةِ : في غايَةِ الصِّدْقِ وَالأَمانَةِ
Lafaz ‘Istiqamah” ialah Masdar “Istaqama”. Kalau dikatakan
تَأَكَّدَ مِنَ اِسْتِقامَةِ العَمُودِ
Ertinya perlu dipastikan kejituan dan kelurusan tiang berkenaan.
Kalau diungkapkan:
تَتَّسِمُ تَصَرُّفاتُهُ بِالاسْتِقامَةِ
Tindak tanduknya beristiqmah ; ini bermakna seseorang itu bersifat lurus, adil dan berintegriti.
Kalau diungkapkan umpamanya : Orang itu sangat beristiqamah, maka itu bermaksud ia sangat jujur dan amanah.
Dari sudut epismetologi, istiqamah adalah tegak dihadrat Allah SWT atau tetap pada jalan yang lurus dengan berterusan menurut kebenaran dan menunaikan janji baik yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan sikap dan niat. Pendek kata maksud istiqamah ialah menempuh jalan yang lurus (Siratal Mustaqim) dengan tidak menyimpang dari ajaran Tuhan. Istiqamah juga boleh diartikan dengan tidak bergoncang menghadapi pelbagai masaalah yang dihadapi dalam kehidupan dengan tetap bersandar serta berpegang pada tali Allah SWT dan sunnah Rasul.
Jenis Istiqamah
Dalam buku “Dakwah Islam Dakwah Bijak” dan buku Usman Asyakir al Khaubawiyyi dijelaskan bahwa istiqamah itu meliputi tiga hal, iaitu:
1. Istiqamah dalam niat atau dalam hati
2. Istiqamah dengan lisan atau dengan ucapan
3. Istiqamah dengan perbuatan anggota badan.
Sikap istiqamah ini jika dimiliki oleh seseorang ia dapat dilihat dari berbagai penampilan sikap yang tertentu . Sikap itu membedakan orang berkenaan berbanding orang yang tidak memiliki sifat sedemikian.
Tanda Tanda Sikap Istiqamah:
Menurut al Faqih Abu Laits sebagaimana dikutip oleh Usman asy Syakir al Khaubawiyyi, tanda keteguhan hati (istiqamah) seseorang ialah apabila ia memelihara sepuluh hal, dengan mewajibkannya (ciri berkenaan) atas dirinya sendiri, iaitu:
1. Memelihara lidah dari mengumpat orang lain, karena firman Allah SWT:
وَلا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا
Jangan mengumpat satu sama lain.
2.Manjauhkan diri dari berburuk sangka, karena firman Allah SWT ( Al Hujurat 12)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ
“Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian dari prasangka itu mengundang dosa.”
3. Menjauhkan diri dari memperolok-olok (menghina) orang lain karena firman Allah SWT 🙁 Al Hujurat: 11)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ
“Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi (mereka yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok)”
4. Menahan pandangan dari hal-hal yang diharamkan, karena firman Allah ( Al Mu’minun 30 ) :
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ.
“Katakan kepada orang laki-laki yang beriman: hendak mereka mengawal pandangan mereka.”
5. Memelihara kejujuran lidah, karena firman Allah SWT ( Al An’am: 152)
واذا قلتم فاعدلوا.
“Dan apabila kamu berkata maka hendaklah kamu berlaku adil.”
6. Menafkahkan harta pada jalan Allah SWT, karena Allah berfirman ( Al Baqarah 254):
انفقوا مما رزقناكم
“Nafkahkanlah (dijalan Allah SWT ) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik.”
7. Manjauhkan diri dari sifat boros, karena firman Allah SWT ( Al Isra’26
ولا تبذر تبذيرا
“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.”
8. Tidak ingin diunggulkan ataupun dibesarkan dirinya, karena firman Allah SWT 🙁 Al Qasas : 83)
تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
“Negeri akhirat itu, kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
9. Memelihara shalat lima waktu, karena firman Allah SWT ( Al Baqarah 238)
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
“Periharalah semua Shalat (mu) dan (periharalah) shalat Wustha. Berdirilah untuk Allah SWT (dalam shalatmu) dengan khusyu’.
10. Teguh hati dalam mengamalkan aliran mazhab ahli sunnah wal jamaah, karena firman Allah SWT ( Al An’am 153)
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
“Dan bahwa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.”
Istiqmah Bermakna Konsisten Dalam Empat Perkara
Dalam buku tulisan A’ilyas Ismail disebutkan bahwa indikasi keistiqamahan seseorang atau seseorang itu disebut istiqamah ialah apabila dia konsisten dalam empat perkara, yakni:
1. Konsisten dalam memegang teguh akidah tauhid
2. Konsisten dalam menjalankan perintah (al Awamir) maupun berupa
menjauhi larangan (al Nawahi).
3. Konsisten dalam bekerja dan berkarya dengan tulus dan ikhlas karena
Allah SWT.
4. Konsisten dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan baik dalam
waktu lapang maupun dalam waktu susah.
Dari sudut lain pula ulama tafsir seolah-olah merumuskan makna istiqamah dalam perkara berikut:
[1] Istiqomah di atas tauhid, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,
[2] Istiqomah dalam ketaatan dan menunaikan kewajiban Allah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Al Hasan dan Qotadah,
[3] Istiqomah di atas ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput, sebagaimana dikatakan oleh Abul ‘Aliyah dan As Sudi.
Langkah Mengekalkan Sifat Istiqamah
Selanjutnya usaha membenih dan mengekalkan sifat istiqamah dalam diri juga sangat berkaitan dan amat diperlukan. Dalam hal ini pengarang kitab Tafsir Al Munir menjelaskan :
Antara hal-hal yang harus diperhatikan jika seorang ingin mengujud dan mengekalkan istiqamah, ialah:
1. Taat secara terus-menerus
2. Pengendalian hawa nafsu
3.Kewaspadaan terhadap pelanggaran
Kesimpulan
Perbincangan mengenai istiqmah ini memang menarik dan membawa kita kepada berbagai dimensi dalam kehidupan . Semua ruang dan dimensi berkenaan perlu diisi dengan ruh , makna dan penampilan konsep dan perlakuan istiqamah.
Secara ringkas kita mungkin boleh merumuskan bidang istiqamah itu dalam hal hal berikut:
1. Dimensi akidah
2.Dimensi Syariah
3.Dimensi Akhlak dan Moral
4.Dimensi Sistem
5. Dimensi Kejiwaan
Pegangan akidah yang benar , bernilai dan membuahkan hasil yang jitu dan penuh berkat diikuti dengan penghargaan dan perlaksanaan syariat yang adil penghayatan akhlak dan moral yang tinggi; di samping ujud sistem kenegaraan dan politik yang baik dan bertamadun dengan semangat kerohanian yang mulia pastilah manusia akan mendapat keberuntungan hidup di dunia dan di akhirat. Allah berfirman dalam surah Fussilat ayat 30:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang yang yang berikrar dengan mengatakan Allah Tuhan kami kemudian mereka beristiqamah, nescaya turunlah para Malaikat bertali-arus mengunjungi mereka dan menyampaikan pesanan; kamu jangan takut, jangan bimbang. Sebaliknya bergembiralah dengan ganjaran syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu.