1. Sebarang rasa tidak puas hati terhadap hasil pembahagian kerusi serta pengumuman calon Presiden Pakatan Harapan akan dibawa kepada peringkat tertinggi Pakatan Harapan supaya ditangani dengan sebaiknya. Kita ingin supaya keputusan-keputusan ini dapat diterima oleh seluruh ahli dan di setiap peringkat semua anggota parti.
2. Kejayaan Konvensyen menyelesaikan perundingan kerusi dan mengisytiharkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri adalah bermakna bahawa pimpinan Pakatan Harapan mampu melihat ke hadapan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara kita.
3. Saya percaya bahawa rundingan kerusi Pakatan Harapan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sama ada yang telah dan sedang berlangsung dapat membantu menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung jumlah kerusi di peringkat Parlimen bagi semua parti dalam Pakatan Harapan.
4. Bagi yang tiada kerusi DUN seperti Wilayah Persekutuan, maka ketidakpuasan hati ini akan ditangani dengan cara lain.
SALAHUDDIN AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
09/01/2018
Sumbang RM15 atau lebih untuk bantu Kempen kami