Pemuda Amanah negeri Selangor melahirkan rasa gembira dan berpuashati diatas pencalonan Ust Azhar bin Dato Shukur sebagai calon Amanah mewakili Pakatan Harapan.
Seperti yang telah semua maklum, proses penamaan calon telah pun selesai pada 5hb Jun 2016. Secara rasminya AMANAH telah meletakkan calon untuk menentang Calon dari BN dan Pas.
Pemuda AMANAH telah pun menggerakkan jentera seawal 2 minggu yang lepas dan sekarang kekuatan jentera diperkuatkan lagi.
Program mendekati anak muda menjadi keutamaan dan antara program yang sedang dijalankan ialah bertemu dan bertanya khabar khusus pengundi muda.
Pelbagai lagi program dan aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang tempoh kempen khusus utk pengundi muda.
Isu Gst, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yg tidak berkembang dgn baik dan masalah pengangguran menjadi topik hangat setiap kali kami bertemu dgn pengundi muda. Begitu juga pergolakkan politik Dalaman UmnoBn menjadi bualan pada setiap program.
Penjelasan berkenaan kehadiran Calon Pas juga antara topik hangat, perlu kami jelaskan pd pengundi muda status sebenar dimana pada Prk ini hanya PH vs BN manakala kehadiran Pas sekadar memeriahkan pilihanraya ini sahaja.
Pemuda AMANAH negeri Selangor juga mendapat bantuan dan kerjasama yg cukup baik dari rakan komponen PH iaitu dari Amk dan Dapsy. Pelbagai program sudah dirangka bersama sepanjang tempoh kempen ini.
Pemuda AMANAH Negeri Selangor yakin dengan kemampuan jentera pemuda yang semakin diterima rakyat khususnya pengundi Muda. Segala gerak kerja yang telah disusun akan dijalankan dengan sebaiknya dan semangat Ramadhan karim menjadi daya penguat jentera kami.
Justeru, Pemuda Amanah negeri Selangor menyeru kepada semua masyarakat khususnya pengundi di Sg besar untuk bersama sama kami di setiap program yang akan dijalankan. Dan teruskan sokongan kepada AMANAH sehingga ke hari pengundian. Jadikan Prk ini sebagai isyarat bahawa rakyat telah mula muak dan menolak UmnoBn dan rakyat tidak boleh menerima parti yang mahu bersendirian dan tidak tetap pendirian.
Abbas Azmi
Ketua Pemuda AMANAH negeri Selangor
6/06/2016