'

KENYATAAN MEDIA AMANAH BERKAITAN LOGO PARTI

anuartahirwww.amanahnegara.org

1. Pertamanya, saya ingin mengucap syukur di atas kejayaan Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berlangsung di Shah Alam, semalam yang menyaksikan ribuan hadir memberi sokongan.

2. Bagaimanapun, saya difahamkan terdapat kegelisahan dikalangan ahli dan penyokong Parti AMANAH berkaitan logo parti yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum pada majlis pelancaran semalam.

3. Ingin saya jelaskan bahawa penentuan logo parti telah melalui proses sepatutnya. Satu jawatankuasa logo dibentuk dan kemudian mereka telah mengemukan beberapa cadangan kepada Jawatankuasa Pusat parti, dan akhirnya logo “A” seperti dilancarkan semalam telah dipilih dan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan ROS.

4. Berkait isu persamaan logo yang timbul itu, ia berkemungkinan berlaku secara kebetulan dan pihak kami telah mengambil maklum. Kami sangat menghargai pandangan serta komen orang ramai dan akan berbincang dengan pihak berkaitan.

5. Namun lebih besar daripada isu itu adalah, sebuah lagi parti politik Islam baru telah berjaya dilancarkan bersempena tarikh penubuhan Malaysia semalam, dan bersedia untuk menawar khidmat kepada seluruh rakyat.

HJ MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
17 September 2015

CATEGORIES