'

KAJI SEMULA SPESIFIKASI BANGUNAN HOSPITAL LAMA

sa

Bagi pihak Parti Amanah Negara (AMANAH) saya mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi.

Kita menggesa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat tetapi juga perlu membuat kajian serius terhadap semua hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara khususnya bangunan hospital lama agar memenuhi sepesifikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ia termasuk jalan keluar wad kecemasan yang terhad dan sempit serta penuh dengan alatan perubatan menyebabkan kesukaran mengendalikan pesakit yang ramai apabila berlaku keadaan kecemasan. Pendawaian semula juga perlu dibuat khususnya bagi bangunan hospital lama supaya memenuhi spesifikasi dan syarat Tenaga Nasional Berhad.

Saya mengharapkan kejadian ini dapat membuka mata semua pihak. Perbahasan bajet yang sedang berlangsung di Dewan Rakyat perlu dimanfaatkan oleh ahli-ahli parlimen supaya peruntukan bagi hospital dapat dinaikkan.

Pagi tadi, saya bersama-sama rakan pimpinan AMANAH Johor turun sendiri melakukan ziarah kepada mangsa dan meninjau operasi menyelamat di HSA. Kami juga sedang meneliti segala keperluan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat.

Harapan Baru

SALAHUDDIN AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
25 Oktober 2016

img-20161025-wa0066 img-20161025-wa0067 img-20161025-wa0068 img-20161025-wa0071

CATEGORIES