'

GST: Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk (Laporan UN).

49d235e5cfc8f2908ac3a44d8a7e8bf1_XL1. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.bahawa Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak memeranjatkan sesiapa kecuali PM Najib-Putrajaya. Apakah baru sedar dan celik? Tentunya Tidak!..mungkin buat-buat terkejut..

2. Mengambil kira kadar sebenar kenaikan kos (inflasi) setelah pelbagai kenaikan dibuat Najib mutakhir ini, seperti Tol dan kos pengangkutan awam, kedudukan adalah sebenarnya lebih parah. CPI atau Indeks Harga Pengguna resmi tidak membayangkan keperitan kehidupan rakyat menanggung perbelanjaan harian sebenarnya!

3. Termasuk kenaikan levi pekerja asing (100-300%) rakyat perlu tahu siapa yang membayarnya nanti adalah RAKYAT/PENGGUNA sebab pemilik industri dan pengilang akan ‘memindahkan’ tambahan levi kepada pengguna. Mereka tidak mahu menanggung segalanya sebab mahu kekalkan margin keuntungan. Maka satu lagi sebab kenaikan kos inflasi (Cost-Push Inflation)…Mujurlah harga petrol turun buat masa ini.

4. Bagi mereka yang dibuang kerja dan kini menganggur, sementara menantikan kerja dan perlu bersaing dengan pekerja asing yang tidak lagi hanya berkerja di bidang 3Ds – maka tambahlah kesengsaraannya. Petronas saja akan memberhentikan 51,000 pekerja mereka. Yang telah diberhentikan sejak kebelakang ini pun telah mencecah puluhan ribu.dengarnya 50,000 pekerja awam kontrak bakal diberhentikan. Adooh!

5. Pun begitu bagi lebih 50% profesors dalam kontrak berumur 61-70 tahun itu, dikatakan akan juga diberhentikan. Negara yg rugi dan mereka tak apa lah, duit pencen sudah cukup menyara kehidupan namun yang berpendapatan rendah-sederhana..bagaimananya hari-hari mendatang ini di Tahun Sengsara ini?!

6. Menurut laporan itu, isi rumah di bawah spektrum pendapatan bawah 40 peratus (B40) (jumlah 2.7juta) menikmati pendapatan RM2,537 purata pada tahun 2014 iaitu peningkatan sebanyak 12.8 peratus sejak tahun 2009. Walau bagaimanapun, perbelanjaan juga meningkat dengan purata isi rumah B40 membelanjakan RM2,015 atau 79 peratus daripada pendapatan bulanan mereka.

7. Dengan GST pada kadar 6 peratus pada awal tahun 2015, 40 peratus baki pendapatan isi rumah akan berkurangan kepada RM400 berbanding RM 522 sebelum ini. Bermakna defist atau kurang RM122 sebulan.

8. Laporan juga mengakui oleh kerana GST memberi kesan kepada semua isi rumah, mereka yang berada di spektrum bawah B40 pastinya akan berasa kesan yang lebih daripada mereka yang bahagian atas spektrum. Sememang telah kami katakan GST adalah Regresif atau Songsang yakni Lebih Parah Ke atas Golongan Miskin berbanding Golongan Kaya.

9. Betul BRIM membantu…tetapi banyak mana sangat lah..Cuba kira…dari maklumat laporan ini sahaja sudah jelas..BRIM berikan RM950, sementara laporan ini mengakui bahawa tambahan perbelanjaan isi rumah B40 ialah RM122 sebulan…bermakna defisit -RM80 sebulan.. Makanya bak pepatah “Untung secupak, rugi segantang” !

10. Mutakhir, Jabatan Kastam berjaya mengumpul RM30 bilion melalui cukai GST (31 Disember 2015)…

11. Kalau sudah tahu bahawa perbelanjaan isi-rumah dan domestik itu penting bagi memacu pertumbuhan, mengapa mendera rakyat dengan kos kehidupan yang terus naik? Untuk rakyat boleh berbelanja diizinkan pulak tidak membayar 3% sumbangan KWSP mereka. Anih, kerana dua kali ditimpa tangga kerana rakyat dipaksa berbelanja simpanan masa tua mereka…sementara hutang isi-rumah juga membengkak ke paras 90% KDNK.

Alahai Najib…cukup2lah.
Dr Dzulkefly Ahmad.
Pengarah Strategi
Parti Amanah Negara
24 Februari 2016

CATEGORIES