'

Gotong Royong Amanah Batu Sapi dan DAP Sandakan

6 Mac 2016, Sandakan- Parti Amanah Negara-Negeri Sabah parlimen Batu Sapi (Amanah Batu Sapi) bersama DAP Sandakan pada hari ini telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan pantai Pasir Putih Sandakan. Program yang bermula seawal 7.00 pagi tadi turut dihadiri oleh YB Stephen Wong ahli Parlimen Sandakan merangkap Pengerusi D AP Sabah, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah dan Timbalan Pengerusi Amanah Sabah, Alias Sani. Menurut Hamzah, program yang diadakan pagi tadi bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menjaga alam sekitar khususnya dikawasan rekreasi seperti pantai.

20160306_080929-1

“Setiap minggu, kawasan pantai ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan warga Sandakan berkelah, berehat dan beriadah bersama keluarga. Kami berasa terpanggil untuk tampil mengadakan gotong-royong bersama rakan Pakatan Harapan, iaitu DAP di pantai ini. Dan kita yakin, program seumpama ini mampu memupuk kesedaran orang ramai untuk terus menjaga kebersihan pantai kita”, katanya.

Amanah Batu Sapi turut menggesa orang ramai menjaga kebersihan alam sekitar bagi mengelakkan penularan pelbagai penyakit berbahaya di Sandakan. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Sabah, Alias Sani.

“Seperti yang kita maklum, Sandakan antara daerah yang mempunyai peratusan pesakit denggi yang tertinggi. Penyakit ini berpunca daripada persekitaran yang tidak dijaga dengan baik. Air bertakung umpamanya, menggalakkan penyebaran penyakit ini. Maka kami menyeru masyarakat Sandakan untuk menjaga kebersihan bagi mencegah penyakit berbahaya ini daripada terus merebak. Dan salah satu caranya, adalah dengan mengadakan gotong-royong seperti yang kita lakukan pada hari ini.”, ujarnya.

Selain itu, Amanah Batu Sapi turut menyatakan pendirian mengenai isu bayaran parkir di Sandakan. Amanah Sabah membantahan tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang akan mengenakan bayaran parkir dibeberapa bandar satelit di Sandakan20160306_091226. Malah, Amanah Batu Sapi dan DAP Sandakan menggesa Presiden MPS meletakkan jawatan sekiranya mahu meneruskan bayaran parkir tersebut.

“Presiden MPS ini banyak menyusahkan rakyat, bukan membantu rakyat. Yang terbaru, mereka mahu mengenakan charge parking dibeberapa bandar satelit di Sandakan. Tuan-tuan bayangkan, kalau seseorang bekerja di kedai dengan gaji hanya RM 1000.00 sahaja, sekiranya membayar parkir, sebulan sudah berapa? Bukankah itu menyusahkan pekerja tadi. Maka, kita minta, Presiden MPS ni, letak jawatan”, katanya.

Sebelum ini, MPS telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai khususnya pengguna sosial apabila satu isu salah guna kuasa pegawai MPS disebarkan menerusi laman sosial Facebook. MPS telah membuat laporan polis terhadap Hamzah berhubung isu itu. Walau bagaimanapun, Hamzah tampil memberi keterangan dan membuat satu laporan polis terhadap pegawai MPS yang telah menyalah guna kuasa. Akhirnya, MPS akur atas kesilapan mereka dan memulangkan semula peralatan perniagaan milik pekedai.


CATEGORIES