SEMINGGU TANPA JAWAPAN, SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH PULA DIARAH PINDAH

Kenyataan Media
22 Mac 2017


1. Tiga soalan yang dikemukakan kepada Majlis Daerah Segamat (MDS) berkenaan projek pembinaan Medan Selera Bumiputera Bandar IOI minggu lalu hingga kini masih belum berjawab. Peliknya, orang-orang politik pula yang panas punggung mahu jawab bagi pihak MDS. Sibuk mempertahan kononnya mempunyai segala bukti.

2. Saya tiada masalah jika orang-orang politik mahu tampil berhujah. Cuma sebaiknya biarlah lengkap dan rasmi. Jangan lupa, soalan juga bertanyakan tentang nilai sebenar projek berkenaan dan kemunasabahan nilai tersebut. Kalau betul mahu jawab, kemukakan sekali iklan tender dan senarai pembeli borang tender. Boleh?

3. Namun kemusykilan saya paling besar kini, mengapa tiba-tiba Setiausaha MDS dipindahkan dengan notis 24 jam? Apakah punca perpindahan yang begitu drastik sekali prosesnya? Jawapan kepada soalan ini pastinya bukan ‘prosedur biasa PBT’. Jika benar perpindahan tersebut bernotis 24 jam, ia sudah jadi kes luar biasa. Untuk soalan ini pula, ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Facebook Comments