3 SOALAN UNTUK MAJLIS DAERAH SEGAMAT JOHOR

Kenyataan Media


15 Mac 2017

Pembinaan Medan Selera Bumiputera Bandar IOI yang sedang berjalan ketika ini mengundang kegelisahan warga Segamat. Apatah lagi ketika Bangsa Johor kini diuji dengan pemimpin kerajaan negeri yang terang-terangan berlaku khianat kepada amanah rakyat.

Kemunasabahan kos projek yang digembar-gemburkan mencecah jutaan ringgit serta proses pemberian tender telah menjadi inkuiri awam yang harus diberi perhatian serius. Sebelum beberapa pegawai Majlis Daerah Segamat (MDS) yang khabarnya akan berkunjung ke Eropah sehari dua ini, elok kiranya mereka menjawab 3 soalan di bawah agar ketelusan dan integriti MDS tidak terus dipertikaikan.

1. Berapakah nilai sebenar projek pembinaan Medan Selera Bumiputera Bandar IOI ini?

2. Penganugerahan projek ini dibuat secara ‘direct nego’ atau tender terbuka? Boleh lampirkan iklan tender atau bukti-bukti lain jika proses dibuat secara tender terbuka?

3. Apakah benar kontraktor yang menjalankan projek ini berstatus ‘Enterprise’ sebagaimana tertera di papan tanda projek? Jika bukan, apakah pencapaian atau ‘track record’ Melayu Jati Enterprise hingga diamanahkan projek sebesar ini?

Nah, selamat menjawab. Kami warga Segamat menantikan jawapan. Segera.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Facebook Comments