RUU355: AMANAH GUNA SALURAN PARLIMEN

KENYATAAN MEDIA

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) bersetuju dengan usaha memperkasakan mahkamah Amanah syariah. Ke arah itu AMANAH telah memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa Ahli Parlimen Marang.

2. Satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas. Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata.

3. Pendirian serta cadangan AMANAH berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang. AMANAH berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan.

AMANAH Demi Negara

SALAHUDDIN AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

9 Disember 2017

Facebook Comments