BANJIR: AMANAH SERU SEMUA PIHAK HULUR BANTUAN

MISI BANTUAN BANJIR AMANAH

1. Bagi menghadapi situasi banjir yang melanda  di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur ketika ini, Parti Amanah Negara (AMANAH) melalui Biro Kebajikan, Kemanusian dan Bencana Alam yang dipimpin Naib Presiden Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus akan menggembleng seluruh tenaga bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas. Kumpulan ini telahpun HULURmemulakan misi mereka khususnya di Kelantan sejak beberapa hari lalu.

2. Sehubungan itu, saya mengharapkan semua negeri dan kawasan serta sayap Pemuda, Awan dan Wanita Muda, memberi kerjasama penuh bagi membantu pasukan ini dalam menggerakkan misi bantuan bagi meringankan bebanan mangsa banjir kali ini.

3. Mewakili AMANAH, saya ingin menyatakan kebersamaan kami dengan seluruh mereka yang terjejas dan kami akan memberi bantuan sekadar termampu serta mendoakan semoga kita tabah menghadapi ujian yang sedang melanda negara ketika ini.

AMANAH Demi Negara

*MOHAMAD BIN SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara
*5 Januari 2017*

Facebook Comments