AMANAH SEDIA BERI RUANG KEPADA DATUK BAHRI

KENYATAAN MEDIA

TAHNIAH DATUK BAHRI, AMANAH SEDIA BERI RUANG

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Bahri Mohamad Zain, bekas Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di atas sifat dedikasi, wibawa dan komitmen yang telah ditunjukkan beliau sepanjang puluhan tahun berkhidmat untuk negara.

2. Tindakan beliau untuk bersara awal atas alasan ‘kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak dibawa ke mahkamah’ seperti dilaporkan adalah membawa satu maksud yang besar. Ia sekaligus membenarkan segala kebimbangan AMANAH betapa perlunya hak pendakwaan diberikan kepada SPRM dan perjuangan ini perlu diteruskan atas nama negara.

3. Secara peribadi, saya berpandangan peranan Datuk Bahri kepada negara tidak semestinya berhenti selepas beliau bersara dari SPRM. AMANAH ingin menyatakan bahawa kami bersedia memberi ruang kepada Datuk untuk terus berperanan memandangkan kita mempunyai matlamat sama demi negara yang tercinta.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

Facebook Comments