YDPA SURI TELADAN RAKYAT, NAJIB RAZAK HARUS CERMIN DIRI

Kenyataan Media

www.amanah.org.my

1. Pemuda AMANAH melahirkan kekaguman atas beberapa langkah baharu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung (YDPA), Sultan Muhammad V yang tidak terikat dengan protokol rasmi istana dan bersahaja menunaikan solat berjemaah di beberapa masjid sekitar Lembah Kelang.

2. Fenomena ‘ibadah first’ ini wajar menjadi teladan seluruh rakyat khususnya pimpinan negara. Islam sebagai addeen (cara hidup) melihat 24 jam kehidupan sehari-hari sebagai ibadah. Maka pimpinan negara, khususnya Najib Razak harus cermin diri dan sedar bahawa kleptokrasi itu merupakan satu dosa besar dan bertaraf maksiat, bukan ibadah.

3. Melihat kepada sifat ‘abid dan tawaduk YDPA, Pemuda AMANAH yakin dan percaya baginda sangat tidak selesa dengan keadaan negara ketika ini. Apatah lagi Timbalan YDPA, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebelum ini telah beberapa kali menegur risiko buruk yang bakal ditanggung negara jika ketirisan dan rasuah tidak ditegah dalam urustadbir kerajaan.

4. Dengan penuh takzim, Pemuda AMANAH mendoakan agar Seri Paduka Baginda YDPA terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk memimpin rakyat terbanyak. Rakyat yang penat dan susah ketika ini melihat tuanku sebagai harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Allahuakbar!

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional

17 Disember 2016

Facebook Comments