PEMUDA AKAN BERKUNJUNG KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kenyataan Media

sany

www.amanah.org.my

Pemuda AMANAH mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap Mufti Wilayah Persekutuan atas pandangan beliau terhadap usul pindaan Akta 355 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang dalam sidang Parlimen baru-baru ini.

Pemuda AMANAH berpendirian bahawa jalan dialog merupakan langkah terbaik untuk memahami konteks sebenar pandangan yang telah dikemukakan pihak mufti. Maka satu pertemuan akan diaturkan melibatkan Pemuda AMANAH dan Mufti Wilayah Persekutuan untuk tujuan tersebut.

Besar harapan di peringkat Pemuda AMANAH agar usaha memperkasakan perundangan syariah ini benar-benar bebas daripada percaturan politik pemerintah. Semoga pertemuan ini terealisasi dan beroleh hikmah sebagaimana yang dihasratkan.

SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

5 September 2016

Facebook Comments