TURUN BERSOLIDARITI UNTUK MANGSA TAHANAN AKTA DRAKONIAN

hj_anuar21. Siri penangkapan terhadap pemimpin politik pembangkang, anak muda serta aktivis rakyat menunjukkan betapa pentadbiran Datuk Seri Najib kini berada dalam ketakutan ekoran terdedahnya pelbagai skandal besar dalam pentadbiran beliau.

2. Penahanan YB Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) semalam, serta penggunaan Akta Hasutan terhadap Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir dan Aktivis Mahasiswa Shukri Kamaruddin ternyata satu cubaan untuk menakut-nakutkan musuh politik Umno BN daripada mendedahkan segala kepincangan yang berlaku. Datuk Seri Najib mungkin lupa pada pepatah klasik Melayu bahawa “Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru”.

3. Skandal 1MDB dan sejumlah wang RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, kini menjadi tumpuan seluruh dunia. Selain itu, pelaksanaan GST yang kini genap setahun, hanya menekan dan menindas rakyat terbanyak. Sebab itu rakyat mula bertindak. Ditambah lagi dengan sikap ‘pekak badak’ pentadbiran Datuk Seri Najib yang tidak mahu mendengar rintihan dan suara rakyat yang mahu beliau berundur.

4. Parti Amanah Negara (AMANAH) sekali lagi secara tegas menyatakan pendirian menentang segala akta drakonian yang cuba dijadikan benteng bagi menutup segala salah laku pemimpin dalam kerajaan.

6. Oleh itu, AMANAH menyeru kepada seluruh pemimpin, ahli dan penyokong parti untuk turun beramai-ramai dalam setiap himpunan solidariti terhadap mangsa-mangsa akta kuku besi ini sama ada yang masih ditahan atau yang akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

“Harapan Baru”

HJ. MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
7 April 2016
29 Jamadil Akhir 1437

Facebook Comments