BERSIH 5 : SYABAS ANAK MUDA


img_20161119_121519

Sebagai orang lama terlibat dalam himpunan aman, sejak berada dalam Abim, Pas dan sekarang dalam AMANAH, saya melihat himpunan Bersih 5 semalam mencatat kehadiran anak muda Melayu paling ramai.

Rata-rata yang saya temui dalam lingkungan umur 20 ke 30 tahun. Mereka membanjiri Dataran Maybank, Bangsar, KLCC, Masjid Jamek dan beberapa tempat lain. Memang sangat jarang saya melihat kehadiran anak muda sebegini ramai sekali.

Kita maklum bahawa memang kehadiran kaum Tionghua dalam mana-mana himpunan aman kebelakangan ini sangat ketara sekali. Namun kehadiran ramai Melayu Bumiputra semalam mengimbangi keadaan itu sekaligus menunjukkan himpunan semalam adalah himpunan rakyat Malaysia.

Saya yang berpengalaman berada dalam himpunan aman berasa kagum dan berterima kasih amat atas keberanian anak muda melaungkan slogan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Syabas kepada semua kerana dapat hadir dengan tenang dan bersemangat sepanjang himpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan kerajaan berintegriti.

Anak muda kini sedar merekalah yang akan memikul tanggungjawab untuk membela nasib generasi sekarang dan akan datang.

Sesungguhnya kehadiran Melayu dan kaum-kaum lain semalamĀ  sangat melegakan saya yang sudah veteran ini.

Harapan Baru

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara