PERTANDINGAN REKA BATIK AMANAH



Syarat Umum Pertandingan

o          Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Pelanggaran hak cipta adalah suatu jenayah.

o          Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik AMANAH. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.

o          Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan jelas.

o          Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

o          Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.

o          Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.

o          Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

o          Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.

o          Sentiasa rujuk laman facebook https://www.facebook.com/amanahnegara/ untuk perkembangan dan aktiviti terkini.

o          Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mac 2019.

o          Setiap peserta PERLU nyatakan butiran lengkap peribadi serta alamat e-mel dan no.telefon untuk dihubungi.

Syarat Penyertaan Khusus:

o          Desain yang dicipta mesti memenuhi misi dan visi AMANAH.

o          Pemilihan akan dilakukan dengan mengambil kira aspek desain, warna yang sesuai dengan warna AMANAH dan kemas.

o          Desain perlu dalam bentuk grafik dan bukan dalam bentuk lukisan kertas.

o          Desain batik boleh berbentuk floral atau geomatrik serta mempunyai logo AMANAH.

o          SEGALA KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *