BAJET 2016: TAHNIAH KEPADA ANGGOTA PARLIMEN PAKATAN HARAPAN


image (1)1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota parlimen Pakatan Harapan dan beberapa anggota parlimen pembangkang yang lain kerana turut mengundi menolak bajet 2016.

2. Saya berbangga di atas pendirian yang telah diambil, khusunya oleh ahli-ahli parlimen daripada AMANAH. Usaha untuk menentang penyelewengan, rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, perlu diteruskan dan digembleng sepenuhnya.

3. Di dunia ketiga dan di dunia Islam, kelemahan sangat nyata adalah kerana rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa yang berleluasa. Sehingga negara yang kaya akhirnya menjadi huru-hara dan rakyatnya tidak terbela ekoran diskriminasi yang melanda.

4. Sebaliknya negara seperti Scandinavia, walaupun hasil negara mereka agak kurang, tetapi rasuah negara berada pada tahap paling rendah. Maka negara dan rakyatnya muncul sebagai negara yang mempunyai taraf hidup yang begitu tinggi.

5. Oleh itu usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, perlu dilipatgandakan dan meyakini sepenuhnya bahawa inilah salah satu kaedah yang mampu membasmi kemiskinan dan ketidakadilan sosial di negara-negara dunia ketiga dan dunia Islam.

Selamat berjuang dan teruskan perjuangan.

“Harapan Baru”

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 November 2015