'

AWAN Nasional UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA NAHAS HELIKOPTER

KENYATAAN MEDIA AWAN NASIONAL

1- Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan dari Betong ke Kuching petang semalam.

2- AWAN Nasional percaya seluruh rakyat Malaysia turut melahirkan rasa bimbang dan dukacita apabila berita harini melaporkan pada jam 5 petang semalam, helikopter sewa khas jenis Eurocopter AS350 Écureuil dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 4.32 petang.

3- Sehingga kini berita rasmi melaporkan telah menjumpai beberapa serpihan badan pesawat dan juga mayat mangsa pertama di Tebing Hulu Sungai Batang Lupar. Justeru AWAN Nasional berharap agar seluruh rakyat Malaysia terus berdoa agar pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa-mangsa lain dalam keadaan selamat.

4- AWAN Nasional turut menyeru kepada semua rakyat agar melakukan solat hajat, memohon doa kepada Allah SWT agar kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa nahas helikopter berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

5- Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terbabit, AWAN Nasional berharap agar mereka dapat bersabar dan tabah menerima ujian ini. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Alfatihah buat semua mangsa berkenaan. Semoga roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin.

YB Dr Siti Mariah Mahmud
Ketua
Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
Parti Amanah Negara

CATEGORIES