'

ARAHAN MENGEDARKAN TOPENG MUKA SEMPENA JEREBU YANG MELANDA

images (1)

Pemuda AMANAH Nasional mengambil berat tentang keadaan jerebu teruk yang melanda negara buat kesekian kalinya. Tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara yang kebanyakannya melebihi tahap 100 menandakan kualiti udara yang disedut adalah tidak sihat terutamanya kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan.

Justeru, sebagai tanda prihatin dan peduli akan keadaan rakyat, PemudaAMANAH Nasional mengarahkan Pemuda AMANAH di setiap negeri dan kawasan untuk mengagihkan topeng muka kepada orang awam secara percuma pada hari esok (Selasa), 15 September 2015, pada masa dan di tempat yang ditentukan sendiri oleh pihak Negeri dan kawasan, mengikut kesesuaian keadaan setempat.

Sekian, harap maklum.

Amanah. Progresif. Peduli.

Sany Hamzan
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
14 September 2015

TAGS