'

Apa dia caveat ?

hanipa1. Daripada segi undang undang, bila kita bercakap mengenai caveat, ia biasanya merujuk kepada undang undang tanah.

2. Caveat bermaksud satu bentuk halangan ( encumbrance ) ke atas sesuatu hartanah itu bagi dilupuskan sama ada untuk dipindahmilik atau dicagarkan. Dengan lain perkataan, dengan wujudnya caveat, pindahmilik atau cagaran ke atas hartanah yang dicaveat itu tidak boleh diteruskan atau didaftarkan.

2. Caveat wajib didaftarkan di pejabat tanah dan pihak yang memasuki caveat perlu menyatakan alasan mengapa caveat itu ingin dimasukkan.

3. Biasanya caveat dimasukkan kerana menjaga hak atau kepentingan seseorang ke atas hartanah itu.

4. Contohnya jika A masuk perjanjian jual beli hartanah dengan B , dan A telah bayar deposit misalnya, maka A berhak memasukkan caveat ke atas hartanah yang beliau beli itu bagi menjaga hak dan kepentingannya ke atas hartanah itu.

5. Dengan adanya caveat , B tidak boleh sesuka hati melupuskan seperti jual hartanah itu kepada pihak ketiga. Caveat yang A masukkan itu dipanggil private persendirian ( private caveat )

6. Ada orang bertanya bagaimana caranya untuk masukkan caveat? Dan berapa lama tempoh hayat caveat itu? Berapa macam jenis caveat ? Bolehkah caveat dipotong atau dibuang removed ) ?

7. Saya tak akan beri jawapan terperinci soalan soalan itu kerana tak mahu nanti ia kelihatan begitu teknikal dan lari dari tujuan asal Fb ini yang hanya bagi panduan umum dan bukan nasihat perundangan yang lengkap.

8. Ada 4 jenis caveat iaitu caveat persendirian, caveat pendaftar ( registrar’s caveat ), caveat Amanah ( trust caveat ) dan caveat pemegang lien ( lien holder’s caveat ). Setiap satu caveat itu mempunyai fungsi yang berlainan. Tapi saya akan sentuh hanya caveat persendirian sahaja di sini.

9. Cara nak masuk caveat persendirian ialah anda kena isi Borang 19B , kena lampirkan bukti ( akuan bersumpah kenapa masuk caveat ) dan kena bayar yuran ( fee ). Bagusnya dapat nasihat peguam.

10. Jangka hayat caveat persendirian yang dimasukkan itu adalah 6 tahun daripada tarikh ia dimasukkan kecuali ia di “removed”‘lebih awal.

11. Maknanya caveat itu boleh diketepikan ( removed ) jika ia dimasukkan tanpa asas yang kukuh.

 

Wallahu ‘alam

PENGERUSI KANUN

CATEGORIES
TAGS