'

AMANAH sebolehnya cuba elak 3 penjuru PRU14

matsabu

Mengakui belum masanya untuk membincangkan isu kerusi pilihan raya, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mengambil langkah terbaik bagi mengelak pertandingan tiga penjuru khususnya dengan PAS.

AMANAH kata Mohamad, akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya bertanding satu lawan satu pada pilihan raya itu nanti.

“Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Mohamad berkata, tumpuan dan fokus utama AMANAH ketika ini adalah memperkemas struktur parti yang bari sahaja diluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) 1 Oktober lalu.

“Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini,” katanya.

Isu pertandingan tiga penjuru timbul susulan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS iaitu hanya melibatkan AMANAH, PKR dan DAP.

saladinSementara itu, Timbalan Presiden AAMANAH Salahudin Ayub pula berkata, parti itu hanya akan bertanding di kawasan boleh menang sahaja.

Menurutnya, kajian terperinci akan dilakukan terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang,” katanya. – 12 Oktober 2015/ Amanahnegara

CATEGORIES
TAGS