'

AMANAH NEGARA GESA INDEKS PERSEPSI RASUAH ANTARABANGSA (CPI) NILAI DERMA RM 2.6 BILION

www.amanahnegara.org

Tn Hj Salahuddin Ayub

Tn Hj Salahuddin Ayub

1. Amanah Negara menggesa badan pemantau rasuah antarabangsa menilai laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang membabitkan derma bernilai RM 2.6 Bilion yang masih boleh diekses yang diterbitkan pada 5 Julai 2015.

2. Saya merasakan badan tersebut seperti Transparency International (TI), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), International Country Risk Guide (ICRG) dan juga Bank Dunia perlu meanalisa laporan tersebut.

3. Amanah Negara yakin ianya memperjuangkan ketelusan, elemen rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran sesebuah negara serta merupakan gerakan membasmi rasuah serta mengeluarkan indeks rasuah yang menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan markah.

4. Amanah Negara bergerak atas dasar ‘without fear or favour’, justru itu mana-mana isu yg melibatkan penyalahgunaan wang dan harta negara serta segala bentuk rasuah akan ditentang dengan memastikan pihak yang terlibat diadili di Mahkamah kelak.

5. Isu ketelusan penyiasatan dan membawa pihak yang terbabit ke muka keadilan sering kali gagal dan bakal terlepas begitu sahaja walaupun negara telah memperkenalkan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (MACC) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

6. Amanah Negara akan membela mana-mana individu samada rakyat negara ini ataupun rakyat asing yang dianaiya akibat daripada tindakan berani mereka mendedahkan gejala rasuah di negara ini dan terbukti sumber-sumber mereka adalah benar dana mat tepat.

7. Bagi Amanah Negara, saranan Pengerusi TI-M , Tan Sri Ramon Navaratnam pada 18 Mac 2008 yang meminta Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar para Menteri dan Timbalan Menteri untuk turut mengisytiharkan liabiliti mereka selain deklarasi aset mereka masih gagal.

8. Akhirnya bagi Amanah Negara, rasuah dalam segala bentuk adalah musuh nombor satu negara yang sewajarnya ditentang habis-habisan tidak kira siapakah mereka itu kerana ianya menyebabkan nilai masyarakat akan runtuh akibat kerakusan mereka.

Amanah. Progresif. Peduli.

SALAHUDDIN HJ AYUB

Timbalan Pengerusi

Parti Amanah Negara

11 September 2015

CATEGORIES