'

AMANAH lahir hari ini

unnamed (1)

Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam menyaksikan ribuan orang berpakaian jingga memenuhi dewan dan ruang legarnya sempena pelancaran Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Mereka juga menyanyikan lagu Negaraku serta lagu parti baru berkenaan.

Terpampang di situ adalah logo parti berkenaan – tiga jalur jingga dan tulisan hitam perkataan “Amanah” dengang latar belakang putih.

Ketika ia diumumkan, orang ramai menyambutnya dengan sorakan.

Presiden parti, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya menyatakan rasa bangga kerana mereka tidak menunjukkan sebarang pengecualian kaum.

“Semua kaum berada di sini. Rasanya baju merah hari ini dimonopoli oleh hanya satu kaum,” katanya.

Beliau merujuk kepada himpunan diadakan kumpulan Melayu di Padang Merbok hari ini.

Pada jam 11.35 pagi Mohammad melancarkan parti baru dan kemudian mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi.

Turut hadir adalah kepimpinan tertinggi DAP dan PKR seperti Lim Kit Siang serta Rafizi Ramli. Kelihatan sama pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah.

Bagaimanapun, tiada pimpinan PAS kelihatan.

AMANAH ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang kalah dalam pemilihan muktamar yang diadakan Jun lalu.

 

SUMBER: Malaysia Kini

TAGS