AMANAH KUTUK TANGKAPAN YB RAFIZI


unnamed1. Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak. Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza dengan hulubalang dan menteri-meteri disekeliling raja.

2. Namun kecerdikan beliau itu kemudiannya telah dianggap bakal menderhaka kepada raja sehingga pelbagai cara digunakan untuk menangkap Hang Nadim.
3. Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.
4. YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung Keadilan, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan membuat penyelidikan. Orang seperti YB Rafizi nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.
5. AMANAH mendesak kerajaan UMNO BN menghentikan segera tindakan pengecut sebegini, kerana orang seperti YB Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.
6. Kezaliman kepada YB Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia.

“Harapan Baru”

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 April 2017