AMANAH KUTUK HUKUMAN GANTUNG KE ATAS MOTIUR RAHMAN NIZAMI


  1. motiur rahmanParti Amanah Negara (AMANAH) mengutuk keras hukuman gantung sampai mati ke atas Motiur Rahman Nizami, pemimpin utama Jamaat-e-Islami Bangladesh yang dilakukan pada 11 Mei lalu.

 

  1. AMANAH berpendapat hukuman gantung terhadap pemimpin gerakan Islam ini adalah satu tindakan politik dendam oleh pihak rejim Bangladesh dalam usaha menyekat dan melumpuhkan pergerakan Jamaat-e-Islami.

 

  1. Tuduhan kononnya Allahyarham telibat membunuh, merogol dan mencuri ketika mengetuai kumpulan al-Badr semasa negara itu sedang berperang menuntut kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971, adalah tuduhan tidak masuk akal dan hanya rekayasa.

 

  1. Sesungguhnya gerakan keadilan di seluruh dunia dan di Bangladesh khususnya telah hilang seorang lagi permata berharga yang selama ini banyak menyuntik semangat juang kepada masyarakat termasuk di peringkat antarabangsa.

 

  1. Tindakan ke atas pemimpin ini tidak akan mematahkan semangat perjuangan Jamaat-e-Islami khususnya untuk terus menegakkan keadilan di negara itu yang turut disokong kuat oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

 

  1. AMANAH juga ingin merakamkan ucapan takziah kami kepada seluruh keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Kami percaya bahawa dengan tindakan terhadap Allahyarham ini, maka lebih ramai pejuang seperti beliau akan lahir selepas ini.

 

“Harapan Baru”

 

MOHD ANUAR TAHIR

Setiausaha Agung

Parti Amanah Negara

 

16 Mei 2016