'

AMANAH Bertanding Di Sungai Besar & Kuala Kangsar, Pemuda Akan Panggil Mesyuarat Pemuda HARAPAN

 

www.amanah.org.my

sany

Pemuda AMANAH mendokong penuh pendirian AMANAH untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar. Pendirian yang dikeluarkan semalam oleh Pengarah Komunikasi, YB Khalid Samad dilihat sebagai garapan jelas mahu merealisasikan pertembungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

Pemuda AMANAH telah pun menggerakkan jentera dari seluruh negara untuk turun dan berjuang di dua gelanggang besar ini. Persiapan dan gerak kerja awal penting memandangkan AMANAH / Pakatan Harapan bakal berdepan jentera BN yang pastinya akan bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka di kedua-dua parlimen ini.

Dalam usaha membantu memperkukuh jentera Pakatan Harapan di kedua-dua pilihanraya kecil ini, Pemuda AMANAH akan memanggil Mesyuarat Pemuda HARAPAN dalam masa terdekat untuk menyelaraskan jentera Pemuda HARAPAN dalam kedua-dua PRK ini. Mesyuarat ini juga diharap mampu merungkai persoalan-persoalan penting seputar kedua-dua PRK ini.

*SANY HAMZAN*
*Ketua Pemuda AMANAH Nasional*

24 Mei 2016

CATEGORIES
TAGS