'

AMANAH alukan pelantikan ketua pembangkang baharu DUN Johor

AMANAH Johor menyambut baik langkah DAP melantik ADUN Penggaram Gan Peck Cheng sebagai ketua pembangkang baharu di negeri ini.

aminolhuda-hassanPengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata Gan yang akan dibantu timbalan beliau, iaitu ADUN Jementah, Tan Chen Choon, bakal memperkukuhkan lagi peranan pembangkang di negeri itu.

“Gan, seorang yang kanan dalam parti beliau, sangat dikenali dan juga mesra di kalangan ahli-ahli parti pembangkang di Johor.

“sebelum ini, ketika saya menjadi Pesuruhjaya PAS Johor, dia sering kali datang ke kawasan saya untuk menunjukkan kebersamaan dan sokongan,” katanya di petik The Rakyat Post.

Aminolhuda, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Parit Yaani berkata, pelantikan Gan adalah tepat dan bakal menguatkan lagi suara Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Johor.

Kelmarin, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP mengumumkan pelantikan Gan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor manakala Tan pula sebagai Timbalan Ketua Pembangkang di samping menjalankan tugas sebagai ketua whip.

Gan dilantik bagi menggantikan Dr Boo Cheng Hau yang meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor 12 Oktober lalu.

Cheng Hau yang juga Adun Skudai meletak jawatan itu pada 13 Oktober lalu berikutan kekalahannya dalam pemilihan barisan jawatankuasa DAP negeri itu dua hari terdahulu.

CATEGORIES
TAGS