- Parti Amanah Negara (AMANAH) mengecam tindakan kerajaan Umno BN yang sewenang-wenangnya menyalahgunakan Akta Hasutan ke atas pemimpin pembangkang, peguam, aktivis dan NGO yang menyuarakan kritikan terhadap penyelewengan dan rasuah pentadbiran negara.
- Akta Hasutan nampaknya hanya digunakan untuk melindungi pemerintah, bukan lagi untuk keselamatan negara seperti tujuan asal kewujudannya. Penggunaan Akta Hasutan yang tidak seimbang di antara parti pemerintah dengan pembangkang pada waktu ini hanya memperlihatkan tujuan sebenar ia diaktifkan iaitu semata-mata untuk mengekang pengaruh parti pembangkang dan pihak NGO yang menolak pemerintahan zalim dan menyalahgunakan kuasa.
- Oleh itu, Parti AMANAH menyeru kepada semua ahli dan penyokong, serta parti-parti pembangkang, aktivis dan NGO lain, untuk terus menggembleng tenaga dan bersatu menentang penyalahgunaan akta ini.
- AMANAH juga menyeru semua pihak untuk terus memberi sokongan sepenuhnya, membela dan juga mengambil berat terhadap mereka yang menjadi mangsa di bawah Akta Hasutan ini.
“Harapan Baru”
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
26 November 2015