Ariq Amsyar
ALOR GAJAH : Parti AMANAH Negara Negeri Melaka dan ARIF negeri Melaka melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk membantu mangsa banjir serta menampun kos kerja-kerja pembersihan rumah mereka.
Bermula semalam, AMANAH dan ARIF Negeri Melaka telah membuka Pusat Operasi Bantuan Banjir di Alor Gajah dan kerja-kerja bantuan telah dimulakan sejak semalam.
Tabung ini boleh disalurkan melalui ARIF Negeri dengan mendepositkan infak anda ke nombor akaun Bank Muamalat 1206 000 312 6717 atas nama ARIF.
Sehingga kini ARIF Melaka meneruskan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir di beberapa kampung di sekitar Alor Gajah dan Durian Tunggal.
Segala pertanyaan berkenaan bantuan banjir boleh diajukan kepada Zairi Suboh (014230 5654) dan Anwar (016-9811315) seperti yang tertera di imej yang dikepilkan.
Sejak semalam pimpinan AMANAH Negeri Melaka dan ARIF termasuk Pengerusinya Adly Zahari, Ketua AMANAH Alor Gajah, Ashraf Mukhlis dan Pengarah ARIF Malaysia, Johari Osman serta Pengarah ARIF Melaka Khairul Anuar telah turun padang bersama-sama dengan petugas-petugas dari seluruh Melaka membantu mangsa banjir.