KENYATAAN MEDIA
AMANAH NEGARA ULANGI PENDIRIAN SEDIA BERKERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK TUMBANGKAN BN
1. Sejak daripada awal penubuhan Gerakan Harapan Baru, saya telah menyatakan sikap kami bahawa sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, NGO’s atau mana-mana individu yang meletakkan matlamat menyelamatkan Malaysia dan masa depan rakyat dan negara.
2. Saya ingin menegaskan bahawa pendirian itu tidak pernah berubah sekalipun kami kini bergerak atas nama Parti Amanah Negara (Amanah Negara) yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini.
3. Amanah Negara komited untuk meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat bersama semua parti-parti politik pembangkang melalui muafakat politik baru, Pakatan Rakyat 2.0 yang akan diwujudkan nanti, dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.
4. Sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, tentunya Amanah Negara terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS, atau mana-mana pihak lain, jika wujudnya keperluan itu.
5. Bagi Amanah Negara, jiwa besar kami adalah mahu mengembeling semua pihak, agar negara ini dapat diselamatkan daripada segala kebejatan yang berlaku akibat tindakan rakus dan salah urus kerjaan Barisan Nasional.
Amanah. Progresif. Peduli.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara
8 September 2015