Bunuh diri adalah penyakit psycho-social yang berlaku atas kekecewaan hidup. Lazimnya mangsa bunuh diri akan memberitahu kenapa dia mengambil tindakan supaya yang tinggal akan tahu kenapa dia bertindak demikian. Bunuh diri ini bersifat peribadi.
Ada juga yang membunuh diri kerana kecewa pada tindakan kerajaan. Tindakan ini bukan atas kepentingan diri tetapi kecewa dengan sistem yang mencengkam. Gambar seorang sami buddha pada tahun 1963 di Vietnam membakar dirinya kerana menentang kezaliman dan penindasan regim. Beliau adalah Sami Mahayana Buddhist, ThÃch Quang Duck membakar dirinya di simpang sibuk Saigon. Para pengkaji menamakan bunub diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar.
Tariq Mohamed Bouazizi membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan. Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan arab spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wira.
Kita dikejutkan perbuatan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang oleh suami muda bernama Sukri Saad 38 tahun. Perbuatan bunuh dirinya tidak banyak mendapat liputan tetapi tujuan perbuatannya melalui nota di FB yang diposkan membawa kepada satu rumusan bahawa simangsa kecewa dengan sistem yang ada menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus melahap.
Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak. Nabi s.a.w pernah bersabda:
” ….sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman..”
Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6B dll skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas. Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, bairlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, Selamatkan Negara!
Sekian
Yb Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
Naib Presiden Parti Amanah (AMANAH)
30/10/2016