PEMERGIAN SAID ZAHARI: HILANGNYA SEORANG TOKOH PEJUANG KEBEBASAN


said zahari1. Pemergian tokoh kewartawanan dan sasterawan Said Zahari amat memberi kesan kepada mereka yang mengkaji dan melihat perjuangan kemerdekaan dan selepas merdeka.

2. Allahyarham yang juga seorang tokoh politik pernah di tahan ISA selama 17 tahun di bawah rejim Lee Kwan Yew. Beliau juga antara terawal mempelopori kebebasan kewartawanan dan melancarkan mogok Utusan yang begitu terkenal untuk mempertahankan kebebasan akhbar yang ada di Malaysia dan Singapura.

3. Allahyarham adalah seorang pejuang yang tidak kenal penat lelah dan tidak kira apa akan terjadi di hujung hidupnya. Beliau memperhambakan seluruh hidupnya dalam perjuangan rakyat.

4. Seluruh rakyat Malaysia dan Singapura sangat merasai kehilangan seorang tokoh kewartawanan yang tercatat dalam tinta emas memperjuangkan hak rakyat Malaysia dan Singapura.

5. Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Kepada keluarga Allahyarham, semoga dapat bersabar di atas pemergian insan kesayangan rakyat ini.

Al-Fatihah

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

13 April 2016
05 Rejab 1437H