1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan Himpunan Undur Najib Mansuh GST di Dataran Merdeka anjuran Pakatan Harapan dan NGO, 2 April lalu. Penghargaan khusus kepada Unit ARiF bersama Unit Tindak DAP dan Skuad Keadilan yang telah bertungkus lumus memastikan himpunan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.
2. Penghargaan tertinggi tentunya kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup turun menyatakan bantahan biarpun terpaksa bertahan dalam cuaca panas hampir empat jam.
3. Kehadiran yang memuaskan ini menandakan rakyat mahu Perdana Menteri ditukar dan sistem negara ini diubah seterusnya GST yang menekan dan menindas rakyat dihapuskan serta merta.
4. Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan keselamatan negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan para peniaga yang memudahkan orang ramai menghilangkan lapar dan dahaga.
5. Segala kekurangan yang berlaku adalah biasa bagi setiap penganjuran program seperti ini. Mewakili pihak penganjur, kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang berlaku dan akan cuba mengatasinya pada amasa akan datang.
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Perti Amanah Negara
merangkap Komander
Himpunan Mansuh GST
4 April 2016
26 Jamadil Akhir 1437H