'

50 jasa Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan di Putrajaya

Para penyokong Pakatan Harapan (PH) menyenaraikan 50 kebaikan yang dibuat oleh kerajaan mereka ketika menerajui kerajaan Pusat selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara pertama yang dimasukkan dalam senarai itu adalah kadar harga khidmat internet yang lebih rendah.

Selain itu, mereka menyenaraikan usaha kerajaan PH dalam meringankan kos sara hidup rakyat serta menambah baik urus tadbir.

50 senarai tersebut tular disebarkan dalam media maya oleh para penyokong kerajaan PH menjelang mereka kembali berkuasa.

Berikut senarai 50 jasa terbaik PH walaupun berpeluang berkhidmat dalam tempoh singkat sebelum dirampas Perikatan Nasional (PN) secara ‘tebuk atap’ akhir Februari lalu:

50 JASA- JASA TERBAIK PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH NEGARA

1. Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH
2. Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego – PH
3. Yang bayar hutang 1MDB – PH
4. Yang hapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) – PH
5. Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motosikal – PH
6. Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH
7. Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH

Sumbangkan RM15 atau lebih di amanah.org.my/dana untuk bantu kempen Pakatan Harapan

8. Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH
9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH
10. Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH
11. Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH
12. Yang bawa balik dana 1MDB dari luar negara – PH
13. Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH
14. Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH
15. Yang tubuhkan unit anti hina Islam di Jakim – PH
16. Yang kekalkan institusi raja-raja – PH
17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH
18. Yang beri kebebasan media tiada lagi ‘TV3 suku’ – PH
19. Yang bagi duit RM1.2 bilion untuk Jakim – PH
20. Yang kurangkan beban guru-guru – PH
21. Yang tambah belanjawan kepada Kementerian Kesihatan – PH
22. Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH
23. Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH
24. Yang naikkan penarafan anti rasuah Malaysia di dunia – PH
25. Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH
26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH
27. Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH
28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH
29. Yang beri duit RM600 juta kepada Kelantan & Terengganu – PH
30. Yang naikkan elaun guru KAFA – PH
31. Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH
32. Yang berjaya kekalkan kes Covid-19 bawah 50 kes – PH
33. Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH
34. Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk RapidKL dan RapidPenang – PH
35. Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH
36. Yang samaratakan gaji minimum Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta naikkan gaji minimum – PH
37. Yang perkenal Skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH
38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air Sungai Kim Kim dan menangkap pesalah – PH
39. Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina Islam dan Raja – PH
40. Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH
41. Yang turunkan tarif elektrik – PH
42. Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH
43. Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH
44. Yang berjaya tangguhkan UEC – PH
45. Yang usul Sabah dan Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH
46. Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH
47. Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH
48. Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH
49. Yang set harga minimum getah sekerap – PH
50. Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH

Tulisan Asal di Malaysia Dateline

CATEGORIES

COMMENTS