RUU 355 DAN BAJET 2017


khalid_ruu

 

KENYATAAN MEDIA AMANAH

RUU 355 DAN BAJET 2017

1. AMANAH telah menyerahkan usul berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmood pada 11 Oktober 2016.

2. Usul AMANAH berbeza dari segi isi dan pendekatannya berbanding usul persendirian Ahli Parlimen Marang.

3. Pimpinan AMANAH telah memutuskan untuk tidak mendedahkan isi kandungan usul tersebut supaya tumpuan rakyat terhadap bajet 2017 tidak terganggu.

4. Apabila usul Kota Raja muncul atas kertas peraturan Parlimen selepas 14 hari berkerja bermula dari tarikh ianya diserahkan, maka satu sidang akhbar akan diadakan mengenainya.

5. Sementara itu adalah diharap semua bersabar dan tidak membuat apa-apa andaian berhubung isi kandungan usul berkenaan.

6. Atas kerjasama semua pihak untuk menumpukan kepada persoalan bajet 2017, AMANAH ucapkan terima kasih.

Harapan baru

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

20 Oktober 2016